INFO:
TANGKAK CIPTA SEJARAH MALAYSIA BOOK OF RECORDS DI AMAZING TANGKAK × MAJESTIC JOHOR FESTIVAL 2025 Majlis Perasmian Amazing Tangkak × Majestic Johor...
TANGKAK CIPTA SEJARAH MALAYSIA BOOK OF RECORDS DI AMAZING TANGKAK × MAJESTIC JOHOR FESTIVAL 2025Majlis Perasmian Amazing Tangkak × Majestic Johor Festival 2025 berlangsung meriah dengan kejayaan daerah Tangkak mencatat Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan penari teater teramai.Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Norazlin binti Abu Talib, Pengarah MOTAC Johor merangkap wakil rasmi Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, diiringi Tuan Haji Ts. Mohd Johari bin Tarmidi, Pegawai Daerah Tangkak; Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman, Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak; serta Encik Mohd Amin bin Kadiman, Timbalan Pengarah Tourism Johor.Festival ini bukan sahaja mencatat sejarah baharu, malah mengangkat keunikan Tangkak sebagai destinasi pelancongan tekstil, budaya dan alam semula jadi, seiring aspirasi Visit Johor 2026. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan festival dan merasai pengalaman pelancongan yang unik di Tangkak, Johor.#tourismjohor#majesticjohor#visitjohor2026 | Tourism Johor